Monitor Eazeye Menggunakan Cahaya Sekeliling Menggantikan Lampu LED

TechnologyDigital
9 Jun 2023 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami terbitkan artikel mengenai perbezaan panel LCD, LED, Q-LED, Mini LED dan Micro LED beberapa bulan yang lalu. Jika anda membacanya anda kini tahu panel IPS LCD memerlukan sumber cahaya di belakang panel untuk berfungsi. Ia memerlukan sumber kuasa dan adalah penyebab mengapa skrin tidak boleh dipandang lama sebelum menyakitkan mata.

image is not available

Eazeye ialah anjakan paradigma untuk rekaan skrin LCD. Ia tidak mempunyai lampu LED di belakang sebaliknya menggunakan cahaya sekeliling sebagai sumber cahaya untuk berfungsi. Menurut perekanya Louis Huang, dengan Eazeye keterangan skrin adalah bergantung kepada cahaya sekeliling. Cahaya matahari atau mentol dalam bilik boleh menjadi sumber cahaya.

image is not available

Secara teorinya paparan skrin konsisten dengan cahaya sekeliling mengurangkan kesakitan mata. Pada waktu yang sama tanpa lampu LED di belakang, ia turut kurang menggunakan kuasa berbanding monitor biasa.

Idea yang unik tetapi ia membuatkan Eazeye tidak boleh digunakan di waktu malam tanpa sumber cahaya dan keterangan tidak boleh dinaikkan apabila diperlukan. Eazeye kini mengumpul dana menerusi lama biayasama Indiegogo pada harga bermula $500.