Monitor Gaming GIGABYTE MO27Q28G Kini Di Malaysia Pada Harga RM2999

GamingDigital
30 Sep 2025 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GIGABYTE kini memperkenalkan monitor gaming MO27Q28G dengan skrin WOLED 27″ beresolusi QHD. Ia menyokong kadar segar semula 280Hz dan masa tindak balas 0.03ms untuk permainan yang lebih lancar. Monitor ini menawarkan kecerahan sehingga 1500 cd/m² dalam mod HDR dan nisbah kontras 1.5M:1 untuk paparan yang terang.

image is not available

Monitor ini menyokong VESA DisplayHDR True Black 500 dan permukaan anti-pantulan untuk paparan yang jelas dalam pelbagai pencahayaan. Ia dilengkapi dengan HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, USB Type-C dengan Power Delivery sehingga 18W, port USB 3.2 dan bicu audio 3.5mm.

image is not available

Rekaan yang ergonomik membolehkan monitor dilaras dengan ketinggian sehingga 130mm, diputarkan sehingga 90 darjah dan kecondongan yang mudah. Ia juga boleh dipasang pada dinding dan dilengkapi dengan kunci keselamatan Kensington. Monitor turut dilengkapi pembesar suara 5W dan menggunakan kuasa sebanyak 35W.

GIGABYTE MO27Q28G boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM2,999 dan didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun termasuk perlindungan terhadap kesan terbakar pada panel.

View Original Article