Monitor gaming Nvidia G-Sync akan lebih mampu milik, terima kasih kepada MediaTek

TechnologyGaming
21 Aug 2024 • 3:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nvidia hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan MediaTek pada segi teknologi paparan gaming. Hasil kerjasama Nvidia x MediaTek ini membolehkan lebih ramai pengguna beroleh akses kepada Nvidia G-Sync melalui G-Sync Pulsar. Monitor gaming berteknologi G-Sync Pulsar tidak memerlukan modul khas untuk pengalaman gaming bebas tearing.

image is not available

Cara Nvidia memungkinkan G-Sync Pulsar adalah memasukkan aturcara pemeprosesan terus ke dalam cip Mediatek. Contoh cip MediaTek yang banyak memperkasa set-set TV 4K di luar sana adalah Mediatek MT5596.

Manurut Nvidia, barisan laptop yang dilengkapi G-Sync Pulsar akan tiba tak lama lagi. Berikut adalah model-model yang dinyatakan:

  • Asus ROG Swift 360Hz PG27AQNR
  • Acer Predator XB273U F5
  • AOC Agon Pro AG276QSG2

Nvidia G-Sync diperkenalkan dalam tahun 2013

Nvidia G-Sync dalam tahun 2024 sudahpun berusia lebih 100 tahun. Objektif utama Nvidia G-Sync adalah untuk menyelarikan kadar segar semula monitor dengan kadar output GPU Nvidia. Ia menjadikan visual lebih licin dan lancar terutamanya untuk permainan yang kadar bingkainya naik dan turun mengikut keadaan.

image is not available

Sekiranya tidak diselarikan, pengguna akan beroleh fenomena yang dipanggil screen tearing iaitu imej bingkai seterusnya sudahpun mula dipaparkan di atas monitor walaupun imej sedia ada masih belum habis dijana.

image is not available

Sumber: Nvidia