Monitor gaming OLED pertama dunia kini boleh ditempah di Malaysia, harganya RM4,497

Digital
20 Jan 2023 • 3:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

LG Malaysia telah membukan sesi tempahan untuk memiliki LG UltraGear 27GR95QE. Ia adalah monitor gaming OLED pertama dunia yang mampu capai kadar segar semula 240Hz. Tanda harga yang dimilikinya adalah RM4,497 dan sekiranya berminat, anda boleh lakukan tempahan di laman Lazada ataupun Shopee.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, tempahan awal dibuka sehingga 12 Februari 2023 ini dengan setiap pembelian awal akan menerima beg dan botol air eksklusif LG UltraGear.

Spesifikasi LG UltraGear 27GR95QE

Selain menjadi monitor gaming OLED pertama dunia yang mampu capai angka 240Hz, lain-lain spesifikasi yang dimilikinya agak menarik. Ia ada kadar gerak balas serendah 0.03ms untuk keseluruhan panel beresolusi 2560 x 1440 yang dimilikinya. Panel tersebut mempunyai cakupan gamut warna DCI-P3 98.5% dan turut menyokong HDR10 yang bermakna kecerahan panel ini boleh mencapai sehingga 1,000 nits sekiranya perlu.

image is not available

Selain itu, sebagai sebuah monitor gaming, paparan ini menyokong NVIDIA G-Sync disamping AMD FreeSync. Apalah gunanya paparan OLED kalau tak tonton movie. Anda menonton movie menggunakan panel yang ada tahap kontras hitam 1,500,000:1.

image is not available

Ada beberapa port I/O disediakan untuk kemudahan anda. Anda boleh temui 2 port HDMI 2.1 dan satu DisplayPort 1.4 yang semuanya menyokon 240Hz. Dua lagi port yang berguna adalah jek audio 3.5mm beserta USB-A.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.