Monitor Samsung Odyssey 3D Tidak Memerlukan Cermin Mata Melihat Kandungan 3D

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 8:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Monitor Samsung Odyssey 3D telah dilancarkan oleh Samsung di acara Gamescon hari ini dengan ia boleh memaparkan kandungan tiga dimensi tanpa pengguna memakai cermin mata khas. Ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu 27″ dan 32″ dengan resolusi 4K serta kadar sedar semula sehingga 165Hz.

image is not available

Teknologi Light Field Display (LFD), penjejakan mata dan View Mapping digunakan bagi membolehkan kandungan 3D dipaparkan pada skrin. Sepasang kamera di bahagian hadapan skrin menjejak kepada pengguna membolehkan objek 3D bergerak selari dengan pandangan mata. Odyssey 3D masih boleh digunakan sebagai monitor 2D biasa sekiranya diperlukan.

Monitor dipasang kepada tapak yang membenarkan ketinggian, dan pusingan dilakukan. Ciri lain yang disertakan ialah FreSync Premium untuk sesi pemainan video. Ia turut menyokong input menggunakan 1x HDMI 2.1, dan 1x DP 1.4 Harga jualan Samsung Odyssey 3D masih belum diumumkan pada ketika ini.

View Original Article