Samsung secara rasminya mula menawarkan siri monitor gaming Odyssey G8, Odyssey G7 dan Viewfienity S8 terkini mereka ke pasaran Malaysia minggu ini setelah sebelum ini sekadar membuka pra-tempahan sahaja.

Sebanyak tiga model Odyssey G8 ditawarkan. Odyssey G80HS dengan skrin 32″ 6K IPS serta kadar segar semula sehingga 330Hz. Odyssey G80HF dengan skrin 27″ 5K IPS serta kadar segar semula sehingga 360Hz. Dua model ini hadir dengan sokongan FreeSync Premium Pro, G-Sync dan HDR10+ Gaming. Input sekali lagi ialah HDMI 2.1 dan DP 2.1.
Akhir sekali ialah Odyssey G80SH dengan skrin 32″ 4K QD‑OLED dan kadar segar semula sehingga 240Hz. Ia melepasi piawaian HDR True Black 500 dan skrin mempunyai lapisan anti pantulan cahaya. Ketiga-tiganya diperlihatkan di acara CES pada Januari lalu.

Sementara itu ViewFinity S8 S85TH ialah monitor 40″ WUHD 5K2K dengan kadar segar semula 144Hz, dan skrin melengkung khusus untuk produktiviti. Ciri Intelligent Eye Care disertakan bagi mengurangkan kesakitan mata apabil moitor digunakan untuk tempoh yang lama. Ia turut menyokong sambungan Thunderbolt 5 untuk pemindahan data sehingga 80Gbps dan kuasa 140W.

Odyssey OLED G7 G73SH pula hadir sebagai monitor 32″ OLED 16:9 dengan sokongan Dual‑Mode Resolution. Melaluinya, pengguna boleh menukar antara resolusi 4K/165Hz atau FHD/330Hz. Monitor ini turut menawarkan masa tindak balas 0.03ms GTG. Panel menerima pensijilan VESA DisplayHDR True Black 400 dan HDR10+. Ia juga menyokong teknologi FreeSync Premium Pro. Dari segi sambungan, monitor ini dilengkapi port DisplayPort 1.4, HDMI 2.1 dan bicu audio Harga jualan rasmi di Malaysia ialah seperti di bawah.
| Nama Produk | Kod Model | Harga Jualan (RM) |
| Odyssey G8 G80HS | LS32HG806ESXXS | 6,299 |
| Odyssey G8 G80HF | LS27HG806EFXXS | 3,799 |
| Odyssey G8 G80SH | LS27HG802SEXXS | 5,499 |
| ViewFinity S8 S85TH | LS40H850TAEXXS | 5,499 |
| Odyssey G7 G73SH | LS32HG732SEXXS | 4,599 |
