Monopoli Puspakom Dipecahkan, Lebih 10 Syarikat Mohon Lesen

LocalPolitics
2 Jan 2025 • 3:50 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tidak lama lagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan ‘hilang’ monopoli sebagai satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan setelah lebih daripada 10 syarikat telah mengemukakan permohonan lesen untuk menyediakan perkhidmatan sama.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berharap agar syarikat baharu itu nanti dapat memulakan operasi seawal hujung tahun ini.

“Kami menerima lebih 10 permohonan setakat ini, tetapi jumlah akhir syarikat yang akan diberikan lesen akan diumumkan kelak,” katanya.

Operator Baharu Pecahkan Monopoli

image is not available

Anthony menegaskan bahawa kehadiran pengendali baharu ini bertujuan untuk memecahkan monopoli Puspakom selama tiga dekad, selain menjadikan pasaran lebih kompetitif. Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa masa diperlukan oleh operator baharu untuk membina kemudahan pemeriksaan.

Isu Integriti: JPJ dan SPRM Bertindak

image is not available

Mengulas isu integriti dalam Puspakom, Anthony menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Baru-baru ini, pada 30 Disember, JPJ melaporkan siasatan ke atas beberapa pegawai Puspakom cawangan Wangsa Maju yang didakwa meluluskan kenderaan yang tidak selamat.

Sumber: The Star