Moon Power: Malaysia jadi negara pertama luar Eropah solusi pengecas Audi tembusi

Cars
19 Jun 2023 • 2:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama sama dengan pelancaran barisan EV daripada Audi, PHSAM turut mengumumkan pelancaran Moon Power iaitu jenama untuk solusi pengecasan EV, sibsidiari kepada Porsche Holdings Salzburg. Lebih manis, Malaysia adalah negara luar Eropah pertama Moon Power pilih untuk tembusi.

image is not available

Bermula September 2023, pengguna boleh membuat pembelian kelengkapan pengecasan kekotak dinding AC 11kW ataupun 22kW untuk dipasang di rumah.

image is not available

Pembelian kotak pengecas AC ini melibatkan juruteknik Moon Power datang ke kediama anda untuk menilai kesesuaian sistem elektrik pelanggan dan kesesuaian lokasi pemasangan.

image is not available

Sekiranya anda nak tahu bagaimana rupa kekotak pengecasan Moon Power, pusat servis Audi di Glenmarie, Setia Alam, dan Juru ada mempamerkan unit yang berfungsi. Tidak setakat pengecas AC, pengguna juga boleh mencuba pengecas DC 180kW untuk mengecas e-tron mereka.

Walaupun syarikat tersebut menyatakan minat untuk mewujudkan rangkaian pengecasan awam, tiada tarikh-tarikh khusus tentangnya dikongsikan sewaktu pelancaran Audi e-tron tempoh hari. Namun, setiap pembelian Audio e-tron akan diberikan kredit JomCharge bernilai RM1,000 untuk dimanfaatkan di rangkaian servispengecasan JomCharge.

Bacaan berkaitan