Hanya 12 manusia pernah menjejakkan kaki di permukaan bulan menerusi Misi Apollo yang tamat pada tahun 1972. Misi Artemis ingin mengembalikan manusia kembali ke Bulan lengkap dengan pangkalan manusia kekal dalam masa sedekad sahaja lagi. Jadi kebarangkalian anda dan saya pergi ke bulan adalah sangat rendah. Maka Moon World Resorts ingin memberikan pengalaman pergi ke bulan di muka bumi.

Moon World Resorts ialah pusat peranginan yang terdiri daripada sebuah replika bulan dengan diameter 271 m yang menjadikannya bangunan berbentuk sfera terbesar dunia melangkaui The Sphere Las Vegas yang berdiameter 157 m. Di dalam sfera ini pengunjung boleh menikmati pengalaman seperti berada di permukaan bulan.
Selain itu Moon World Resorts dikelilingi 20 menara yang menempatkan hotel dengan 16 lagi sfera mini menempatkan 4000 bilik hotel untuk pengunjung menginap. hotel. Walaupun projek telah diumumkan, lokasi masih lagi misteri dengan ia mungkin dibina di Australia, Brazil, China, Mesir, India, Poland, Sepanyol, Thailand, Amerika Syarikat dan UAE.

