Mosar selamat pendaki terseliuh buku lali

25 Apr 2023 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) terpaksa bergegas menyelamatkan seorang wanita pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami kecederaan di kaki pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Panar Laban Gunung Kinabalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, maklumat diterima daripada Malim Gunung menerusi Laluan Stesen berhubung kejadian itu dan sekumpulan enam anggota Mosar bergegas ke lokasi diketuai Komander Operasi PBB Maurice Ubin.

“Apabila tiba di lokasi kira-kira 100 meter dari pos Mosar, kumpulan yang turut dianggotai dua anggota Taman Sabah itu menemui seorang pendaki wanita berusia 26 tahun yang terseliuh buku lali kanan.

SPONSORED CONTENT AIRA Residence’s GBI benefits are inclusive for all AIRA Residence’s reputation as a quality green strata housing property development is beneficial for all of its residents. Read more “Rawatan awal diberikan pasukan Mosar bersama anggota Taman Sabah menyapu minyak sukan pada kawasan yang cedera dan membalutnya.

“Seterusnya, pasukan Mosar bersama Sabah Park mengusung mangsa untuk sampai ke Timpohon Gate,” katanya.

Tambah Ridwan, kes pada Isnin menjadi kes ketiga sakit atau cedera bagi bulan April 2023 dan ke-18 tahun ini.

Ridwan mengulangi nasihatnya kepada bakal pendaki untuk membuat penilaian kesihatan diri sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja.

“Pendaki mesti lebih berhati-hati semasa musim hujan kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin. “Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat pemandu kami.

“Ini amat penting bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.