MOSTI Laksana Kajian Awal Permohonan Sabah, Pahang Sediakan Tapak Pelancaran Roket

LocalSpace
2 Jul 2025 • 11:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melaksanakan kajian awal kesesuaian tapak pelancaran roket di dua negeri iaitu Sabah dan Pahang.

Memetik laporan Bernama, menterinya, Chang Lih Kang berkata kedua-dua negeri itu telah membuat permohonan untuk menyediakan tapak pelancaran roket.

Sabah dan Pahang mohon sediakan tapak pelancaran roket

image is not available

Foto: The Sun

Ujarnya, kajian akan mengambil masa yang agak lama susulan memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek.

“Setakat ini ada dua negeri yang memang berminat dan telah pun mengemukakan permohonan mereka, iaitu Sabah dan Pahang. Sekarang kita dalam proses feasibility study (permohonan) mereka.

“Dalam feasibility study itu ada pelbagai aspek yang kita perlu kaji. Jadi, (kajian) akan mengambil masa,” katanya ditemui selepas program MOSTI Tech Talks siri kelima di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UTP Ir Mohamed Firouz Asnan serta Provos UTP Datuk Ir Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Dalam pada itu, Chang turut meluahkan harapan agar tapak pelancaran roket itu boleh dimulakan kerja pembinaannya seawal 2026.

image is not available

Foto: Berita Harian

” …sebenarnya permintaan untuk pelancaran satelit ini semakin tinggi dan sekarang tapak pelancaran yang ada di dunia ini tidak mencukupi.

“Dulu mungkin kita hanya perlukan untuk komunikasi, televisyen, tetapi sekarang banyak sektor seperti kereta, smartwatch, telefon pintar memerlukan teknologi satelit untuk GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global), komunikasi dan lain-lain,” ujarnya.

Pada 15 Februari tahun lalu, media melaporkan Malaysia sedang bersaing untuk memperjuangkan pembinaan tapak pelancaran roket yang pertama di Asia Tenggara.

Chang dilaporkan berkata Malaysia memiliki kelebihan membina tapak pelancaran roket kerana tidak terletak pada garis gempa bumi, tidak mempunyai gunung berapi, mempunyai teknologi yang tinggi dan mempunyai industri elektronik serta elektrik yang matang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved