MOSTI Lancar Platform MyStartup – Halaman Sehenti Untuk Pelbagai Perkara Melibatkan Dunia Startup

TechnologyDigital
23 Apr 2024 • 4:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini telah melancarkan semula platform MyStartup sebagai hab untuk ekosistem sehenti startup – yang menawarkan pelbagai maklumat dan informasi berkaitan pembangunan startup, pangkalan data berkenaan semua syarikat startup di Malaysia, pangkalan data melibatkan firma modal teroka, halaman rujukan untuk pembiayaan, dan sebagainya.

image is not available

Laman ini juga akan dilengkapi MyStartup AI untuk memudahkan pengguna bertanyakan sebarang persoalan dan menerima maklumbalas berkaitan arena startup.

Laman MyStartup baharu ini dilancarkan selari dengan acara KL20 Summit 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur, dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai hab untuk startup, dan memposisikan Malaysia pada kedudukan 20 teratas sebagai hab pilihan startup dunia.