MOSTI Menyasarkan Untuk Malaysia Melahirkan Pemenang Anugerah Nobel

WorldTechnologyDigitalSpace
25 Jun 2024 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) kini meletakkan sasaran untuk melahirkan Pemenang Anugerah Nobel  dari kalangan saintis tempatan. Tiada sebarang garis masa dinyatakan buat masa ini.

image is not available

Buat masa ini, beberapa usaha sedia dijalankan dalam mencapai perkara berkenaan. Antaranya adalah termasuk pelaksanaan inisiatif melalui universiti tempatan untuk memupuk pemikiran Pemenang Anugera Nobel, selain Akademi Sains Malaysia yang telah melaksanakan program seperti penganjuran syarahan, perbincangan saintifik dan sesi motiviasi sains.

Sejak tahun 2004, Malaysia juga telah menghantar 84 saintis muda untuk menyertai Mesyuarat Nobel Laureate Lindau – dimana kebiasaannya Pemenang Nobel akan berkumpul untuk membentangkan penemuan penyelidikan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan dalam arena sains dan inovasi ini, sehingga kita berjaya hadir dengan sejumlah Pemenang Anugerah Nobel.

View Original Article