MOSTI : Projek Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara Perlu Disegerakan

WorldTechnologyDigitalSpace
21 Jan 2025 • 10:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) sedia mempunyai sejumlah projek dibawah mereka, dan salah satunya adalah perancangan pembangunan satelit penderiaan jauh negara. Hari ini, ia sekali lagi ditekankan agar projek berkenaan disegerakan secepat mungkin dalam mengurangkan kebergantungan negara pada data dan teknologi satelit luar. Pada masa yang sama, penggunaan satelit sendiri akan memastikan keselamatan negara lebih terjaga dan kukuh.

image is not available

Sebelum ini, Menteri sedia berkongsi menyatakan satelit penderiaan jauh akan dimiliki Malaysia menjelang 2030 kelak. Satelit ini boleh mendapatkan data berkaitan permukaan bumi, sesuatu objek, daerah atau fenomena dengan mudah – menggunakan penderiaan pasif atau aktif. Ini juga sekaligus akan membantu dalam pelbagai industri dan perkembangan ekonomi.

image is not available

Langkah ini sekali lagi ditekankan pada hari ini, selari sasaran Menteri untuk menerajui arena Ekonomi Angkasa ASEAN, yang akan merentas sektor, agensi dan bahagian dalam MOSTI.

Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana MOSTI turut perlu menjuarai teknologi seperti teknologi kuantum.