
LAHAD DATU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) kini sedang meneliti kaedah bagi mengesan dadah dalam penggunaan perisa untuk rokok elektronik (vape).
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata, Mosti cakna akan isu penggunaan perisa ‘Magic Mushroom’ yang semakin serius di negara ini.
Katanya, Mosti akan bekerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi mencipta alat ujian pengesan dadah jenis ini.
“Pihak kami akan bekerjasama dengan polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan sedang meneliti perkara ini.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Kita akan berbincang dan seterusnya meminta jabatan berkaitan di bawah Mosti seperti Jabatan Kimia Malaysia serta jabatan lain untuk mencipta alat pengesan agar dapat digunakan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Sahabat Maritim Peringkat Zon Maritim Lahad Datu di Pantai Kasih Lasa, Kampung Bangingod.
Bercakap mengenai program berkenaan, Yusof menyifatkan program ini sebagai satu usaha mantap bagi mengeratkan kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan komuniti laut.
Katanya, program ini juga mampu menggalak peranan masyarakat dalam membantu pihak berkuasa, termasuk APMM dalam memberi maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah di laut.
Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat terus memberi manfaat kepada semua pihak.
Sementara itu, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, program Sahabat Maritim ini dilihat mampu meningkatkan peranan masyarakat dalam menangani masalah jenayah di perairan.
Katanya, program ini juga dilihat mampu menjadi wadah untuk komuniti mengetahui fungsi dan peranan APMM, sekali gus sama-sama memastikan keselamatan perairan khususnya di Timur Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



