MoT Sudah Luluskan Pindaan Had Usia Minimum Lesenkan Bas Sekolah

LocalPolitics
22 Apr 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa pihaknya telah meluluskan permohonan pindaan had usia minimum bas sekolah, baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah melesenkan kenderaan perkhidmatan awam bagi kelas lesen bas sekolah, daripada 10 tahun kepada tidak melebihi 1 tahun daripada had usia maksimum penggunaan.

"Had usia maksimum penggunaan bas sekolah tetap dikekalkan pada 30 tahun," katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Malaysia Bagi April 2025.

image is not available

Bagaimanapun, kelulusan ini hanya akan diberikan kepada kenderaan yang telah melepasi pemeriksaan keselamatan kenderaan di PUSPAKOM atau di pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bertauliah oleh Kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved