MOT umum syarikat baharu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor esok

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke pada sesi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, perkembangan terkini ini susulan keputusan kerajaan yang memutuskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi menjadi badan tunggal yang menawarkan perkhidmatan tersebut sejak tahun lepas.

"Kita mengharapkan apabila kita membuka pasaran ini, adanya persaingan dari segi perkhidmatan, ia akan meningkatkan mutu pemeriksaan kenderaan supaya kita sama-sama pastikan integriti pemeriksaan kenderaan ini akan dapat ditingkatkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin mengetahui sejauh mana amalan monopoli yang dibiarkan kepada satu syarikat sejak 1994 telah menyebabkan kewujudan sindiket yang bersekongkol untuk meluluskan kenderaan yang tidak selamat.

Terdahulu, Anthony berkata, proses penilaian terhadap permohonan yang dikemukakan telah selesai melibatkan semakan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan termasuk keupayaan kewangan serta melaksanakan fungsi pemeriksaan kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.

Beliau berkata, ketika ini, Puspakom tidak lagi memiliki konsesi sebaliknya hanya lesen untuk beroperasi bagi menjalankan pemeriksaan kenderaan motor.

"Saya tidak mahu menyimpulkan bahawa sindiket atau isu rasuah ini berhubung kait dengan dasar monopoli. Tetapi secara umumnya, kita rasa bahawa kalau sesuatu industri itu ada unsur monopoli, ia kadang kala akan menjejaskan mutu perkhidmatan. Itu sebabnya kita menggalakkan ada persaingan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved