MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours

8 Mar 2024 • 4:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen sebuah syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd kuat kuasa 11 Mac ini.

MOTAC dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut MOTAC, ini kerana syarikat tersebut didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Bermula sekitar November tahun lepas, pihak polis telah menerima ratusan laporan polis berhubung dakwaan kes penipuan pakej umrah membabitkan syarikat itu.

Setakat ini, dua pengarah syarikat berkenaan yang merupakan sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah berkaitan kes itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved