MOTAC, JWN, JKKN disaran cungkil warisan kebudayaan tidak ketara, seni dan budaya baharu

14 Sep 2023 • 8:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) disaran mencungkil objek Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (WKTK), seni dan budaya baharu, khasnya objek yang hampir pupus.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) berkata pihak terlibat perlu bersama-sama mewujudkan suatu pelan yang merangkumi pencungkilan, perlindungan, pembangunan dan promosi, bagi memastikan objek-objek ini dapat dilindungi dan kekal terpelihara serta tidak pupus ditelan zaman.

Selain itu, Tiong turut menyarankan agar semua objek WKTK, seni dan budaya itu diintegrasikan dan didigitalkan dalam satu galeri khas atau ‘Perkampungan Seni, Budaya dan Warisan Malaysia’, sekali gus menjadikannya produk dan destinasi baharu pelancongan kebudayaan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan MOTAC hari ini selepas berakhirnya Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara bermula Isnin lepas, di Dewan Canselori Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persidangan dengan tema ‘Kelestarian Warisan Kebudayaan Tidak Ketara’ itu menampilkan tiga topik utama iaitu ‘Inventori Berasaskan Komuniti’, ‘Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dan Komuniti’ dan ‘Warisan Kebudayaan Tidak Ketara yang Hampir Pupus’.

Menurut kenyataan itu lagi, kejayaan persidangan itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa komited untuk terus melindungi amalan, perwakilan, ekspresi, pengetahuan dan kemahiran WKTK sesuatu komuniti atau kumpulan masyarakat di Malaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved