Motac, KePKAS kerjasama rapat perkasa sektor pelancongan Sabah

LocalTravel
21 Dec 2025 • 10:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) ke arah memperkasakan sektor pelancongan di negeri berkenaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata perkara itu telah dibincangkan semasa pertemuan bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Tiong King Sing di Kuala Lumpur, Jumaat. Jafry berkata perbincangan itu memfokuskan kepada isu-isu yang memberi kesan langsung terhadap  pengalaman, keselamatan serta kebajikan pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke Sabah.

“Antara perkara utama yang dibincangkan ialah isu keselamatan pelancong, termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengangkutan bot pelancong, aktiviti selam skuba dan sukan air serta keadaan infrastruktur pelancongan awam yang uzur.

“Turut disentuh ialah isu pelesenan dan kelulusan, melibatkan pengusaha dan pemandu pelancong tidak berlesen, penyalahgunaan lesen, operasi tanpa kelulusan sah dan promosi pakej oleh pihak yang tidak bertauliah,” katanya menerusi kenyataan Sabtu.

Jafry berkata Motac juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan KePKAS bagi memperkukuhkan aspek penguatkuasaan, penyelarasan lesen, perkongsian maklumat serta pelaksanaan inisiatif promosi strategik bagi membantu melonjakkan lagi sektor pelancongan Sabah.

“Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting bagi menangani isu-isu berkaitan pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung Sabah.

“Ia juga untuk memelihara reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved