MOTAC Tiada Kaitan Dengan Konsert Rakyat Melaka

11 Aug 2022 • 9:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MOTAC menafikan ia mempunyai kaitan dengan penganjuran Konsert Rakyat Melaka di MITC pada bulan depan.

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menegaskan ia tiada kaitan dengan penganjuran Konsert Rakyat Melaka pada 3 September di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC berkata ia tidak menerima permohonan daripada pihak penganjur (Jojo Events) untuk bekerjasama bagi konsert tersebut sebaliknya syarikat itu hanya mengemukakan permohonan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi penganjuran program itu.

“Justeru, kenyataan yang menyatakan konsert tersebut dianjurkan dengan kerjasama MOTAC adalah tidak benar sama sekali,” katanya merujuk kepada sebuah laporan portal yang mendakwa ‘Konsert Rakyat Melaka’ diadakan dengan kerjasama MOTAC.

MOTAC berkata ia sentiasa menyokong program berbentuk kesenian dan kebudayaan namun memandang serius terhadap sebarang penyalahgunaan nama kementerian bagi tujuan promosi, publisiti ataupun mendapatkan dana daripada mana-mana pihak. - Bernama