Motivasi Kurus, Kekasih Hadiahkan Emas Selepas Berjaya Turunkan Berat

Entertainment
3 Oct 2023 • 11:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk terus bermotivasi bagi menurunkan berat badan demi mendapatkan gaya hidup yang lebih sihat. Tidak terkecuali dengan pasangan ini, seorang kekasih hadiahkan emas buat wanita yang dicintainya sebagai motivasi untuk hidup sihat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan lelaki tersebut akan memberikan seketul emas kepada wanita tersebut setiap kali membuat senaman di gimnasium.

Kekasih hadiahkan emas

Dalam video tersebut memaparkan seorang lelaki akan memberikan emas kepada kekasihnya setiap kali berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi untuk mendapatkan bentuk fizikal yang ideal.

Malah, wanita tersebut telah berjaya mengumpul banyak emas hasil daripada pemberian kekasihnya itu dalam pelbagai bentuk serta saiz.

image is not available

image is not available

Patut lah kita tak kurus, tak dapat emas rupanya!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita sempat berseloroh mereka gagal untuk kurus disebabkan tidak mendapat emas sebagai motivasi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada kongsi pengalaman yang sama

Bukan itu sahaja, ada segelintir wanita berkongsi pengalaman yang sama dimana mereka pernah ditawarkan emas oleh suami jika berjaya menurunkan berat badan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @our.ro

View Original Article