Motorola Ingin Menjadi Pengeluar Peranti Ketiga Terbesar Dunia Dalam Masa 3 Tahun

TechnologyDigital
23 Jan 2024 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenama Lenovo dan Motorola tidak begitu popular dalam pasaran telefon pintar. Ini mungkin kerana mereka tidak begitu memfokuskan kepada pasaran yang meluas dan terhad di beberapa negara terpilih sahaja. Misalnya Lenovo di China dan Motorola di Amerika. CNBC melaporkan yang Lenovo ingin menjadikan Motorola sebagai antara pengeluar peranti terbesar dunia.

Sasaran mereka adalah dalam masa 3 tahun, Motorola boleh menjadi pengeluar ketiga terbesar bersaing dengan Samsung dan Apple. Tahun lepas pada suku ketiga, Lenovo dan Motorola hanya memegang sekitar 4% pasaran peranti mudah alih. Untuk menjadi pengeluar terbesar, mereka menyasarkan akan memegang 10% pasaran peranti di negara yang menawarkan produk Motorola sehingga stabil.

Presiden Pasaran Antarabangsa Lenovo, Matthew Zielinski menyatakan siri Razr adalah peranti mereka yang cuba bersaing dengan peranti premium lain. Zielinski turut memberitahu yang India adalah antara negara yang paling strategik untuk mengembangkan pasaran Motorola. Harapnya peranti Razr akan ditawarkan di Malaysia suatu hari nanti. Apa kata anda, adakah anda merindui jenama Motorola yang sudah lama mendiamkan diri di Malaysia?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved