Motosikal Bertembung Kereta, Remaja Lelaki Tercampak & Meninggal Dunia

20 Jul 2024 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Motosikal Bertembung Kereta, Remaja Lelaki Tercampak & Meninggal Dunia

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor, hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa yang berusia 17 tahun itu dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi.

“Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor memotong sebuah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

“Kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian

Tambah Ambia lagi, mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan ketika kemalangan berlaku.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Ambia memaklumkan bahawa kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian