Motosikal Gesel, Remaja Maut

26 Jan 2026 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Perai semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua lapan motosikal terbabit sedang bergerak dari arah Seberang Jaya menuju Kulim ketika kejadian berlaku.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang yang memisahkan lorong dan kenderaan,” katanya.