Motosikal Langgar Tembok, Remaja Maut, Rakan Cedera

20 Apr 2024 • 12:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar media sosial

Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggangi dipercayai terbabas lalu melanggar tembok sebuah pasar raya di Padang Serai, Kulim, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Nurin Balqis Mohamad Zakri meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakannya, Nurul Natasha Mohd Shukri yang mengalami kecederaan di kepala, bahu dan kaki kini sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Kulim.

Menurut polis, motosikal ditunggangi Nurin Balqis dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tembok longkang, sebelum merempuh dinding pasar raya berkenaan. - Getaran, 20 April 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di Padang Serai, Kulim pada Jumaat. Menurut siasatan awal polis, mangsa yang berumur 18 tahun itu telah hilang kawalan motosikal yang ditungganginya dan telah terbabas melanggar tembok sebuah pasar raya. #getaranmy #kemalangan ♬ original sound - Getaran