Motosikal Pun Wajib Ada ABS

LocalCars
3 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari depan.

Itu arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Langkah itu diambil untuk menangani menangani kes kemalangan jalan raya, yang membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal.

"Jadi bermula 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin kapasiti 150cc ke atas wajib dipasang ABS," katanya.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, ABS dalam motosikal juga berfungsi dengan cara yang sama dalam menghalang roda daripada terkunci, yang seterusnya membolehkan kestabilan dan kawalan yang lebih baik untuk mengelakkan perlanggaran.

Sistem ini menggunakan penderia pada kedua-dua roda untuk menentukan kelajuan roda dengan tepat dengan menghalang roda daripada mengunci 10 kali setiap saat.

Ini meningkatkan kestabilan motosikal sambil membenarkan penunggang mengawal mesin dengan lebih baik untuk mengelakkannya daripada tergelincir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved