Motosikal tanpa brek: Kejar trend hingga sanggup gadai nyawa

LocalCars
13 Apr 2026 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan.
image is not available
JPJ Melaka menyita dua motosikal yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan serius.
image is not available
Motosikal yang diubah suai secara ekstrem disita JPJ pada Ahad.

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan tegas dengan menyita dua motosikal yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan serius termasuk tidak mempunyai brek.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, penunggang motosikal berkenaan tidak memikirkan kesan melakukan pengubahsuaian ekstrem demi mengikut trend, sedangkan ia boleh mengundang risiko kemalangan dan mengancam nyawa.

**media[3490151]**

Menurutnya, dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada Ahad di sekitar negeri ini, kedua-dua motosikal berkenaan didapati melakukan beberapa kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans yang sah serta tidak mempamerkan nombor pendaftaran.

“Selain itu, motosikal berkenaan telah diubah suai dengan tidak memasang sistem brek, sekali gus menimbulkan risiko bahaya yang tinggi kepada penunggang serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

**media[3490152]**

Tegasnya, JPJ tidak akan berkompromi dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya.

Orang ramai turut diseru agar sentiasa mematuhi undang-undang serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama,” katanya.