MoU bantu pesakit kanser golongan kurang mampu

15 Dec 2023 • 11:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bagi membantu pesakit kanser kurang berkemampuan di Sabah, satu memorandum persefahaman ditandatangani antara Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (Perkips).

Syarikat Roche Malaysia Sdn Bhd turut terlibat dalam MoU itu bagi pelaksanaan model pembiayaan inovatif dikenali ‘Zakat For HER’ (ZFH) dalam majlis yang diadakan di Hotel Hilton, di sini, Khamis.

Muis diwakili Yang Di-Pertuanya (YDP), Datuk Yahya Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ramlan Awang Ali manakala YDP Perkips, Dr Samsul Tuah mewakili Perkips sementara Roche Malaysia Sdn Bhd diwakili Koh Wan Ling.

Yahya dalam ucapannya berkata, ZFH adalah kolaborasi antara tiga pihak bagi bantuan pembiayaan rawatan pesakit kanser dari golongan B40 dan M40 di Sabah, khususnya individu Muslim.

Menurutnya, dana itu juga direka untuk menyasarkan pesakit kanser payudara positif HER-2 yang layak untuk rawatan neoadjuvant berdasarkan kriteria dipersetujui pakar onkologi.

“Inisiatif (pembiayaan ZFH) ini akan berterusan untuk tempoh satu tahun atau sehingga kuota 14 pesakit habis, (pada masa sama) menangani keperluan unik demografi perjalanan rawatan kanser mereka,” katanya.

Yahya berkata, kerjasama dalam ZFH dapat memupuk inovasi untuk melabur pada masa depan golongan pesakit yang terjejas oleh kanser terutamanya mereka yang tidak berkemampuan.

Katanya, pelaksanaan ZFH adalah tindak balas praktikal terhadap cabaran yang dihadapi ketika ini terutamanya terhadap ekosistem kesihatan kanser melibatkan domain penjagaan kanser dalam kalangan pesakit.

“Kesimpulannya, usaha kolaboratif di bawah ZFH dapat menangani halangan kewangan dihadapi individu yang berhadapan kanser.

“Pada masa sama, hasrat di bawah kerjasama ini juga dapat mencipta laluan mampan dan saksama kepada rawatan inovatif serta memberi harapan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.