
Kota Kinabalu: Pembangunan keusahawanan sosial di negeri ini dirancakkan lagi menerusi perjanjian usaha sama strategik tiga tahun antara Persatuan Usahawan-Usahawan Sosial Sabah (Sosea) dan Bank Islam.
Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata kerjasama itu juga termasuk memperluaskan akses pembiayaan kepada ahli Sosea.
Melalui perjanjian itu, beliau berkata Bank Islam melantik Sosea sebagai pembuat perubahan, yang juga akan menjadi rakan pelaksana dalam agenda kewangan sosial bank itu.
“Justeru, kerjasama ini akan memberi manfaat kepada usahawan sosial yang layak, kumpulan masyarakat terpinggir dan alam sekitar,” kata Nazri pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), di sini, Jumaat.

