
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Sabah menjelang 2024.
Ke arah usaha itu, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri dipertanggungjawabkan bagi menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahkan miskin tegar di negeri ini.
Selaras dengan itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengadakan Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Program Social Synergy untuk memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah.
Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program-program menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar program ini.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more MoU ini akan menyaksikan kerjasama dalam Pelaksanaan Program Social Synergy Secara Individu dan Berkelompok bagi Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Di Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Di Negeri Ini, Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsian Data.
Justeru itu, kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dan Pemboleh Daya 3: Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian.
Sekretariat SMJ dalam kenyataan pada Selasa menyatakan majlis menandatangani MoU itu diadakan di pejabatnya di Tingkat 15 Menara Kinabalu, di sini.
Ia ditandatangani oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
MoU ini juga disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SMJ Ramlee Kariah dan Pengarah Perkeso Negeri Sabah Dr Mohd Ali Hindia.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


