MoU pusat penetasan penyu di Mantanani

21 Jul 2024 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Sebuah pusat penetasan penyu akan diwujudkan tidak lama lagi di pekarangan syarikat peranginan berasaskan pelancongan, JSK Mantanani Island Resorts di Kota Belud, berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat itu dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) pada Jumaat.

Kedua-duanya memberi komitmen untuk menjaga ekosistem marin yang mudah terjejas di Pulau Mantanani.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat JSK Datuk Johnny Wong Chen Yee berkata, ia sedang memulakan satu peristiwa penting dalam pembangunan pemuliharaan alam sekitar yang memberi tumpuan kepada perlindugan penyu di pulau itu, dengan menjadikannya sebagai tempat perlindungan dalam jangka masa panjang.