Mountain Dew Dan PUBG Berkolaborasi Persembahkan Dew Challenge

Gaming
24 Oct 2023 • 9:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

1 OKTOBER 2023, Kuala Lumpur – Dew Challenge yang penuh bertenaga kembali pada tahun ini di pentas nasional, dengan sokongan dan kolaborasi sekali lagi bersama rakan kongsinya, PUBG. Menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball bertemakan PUBG terbesar, acara ini bakal membawa semua elemen yang digemari pemain PUBG ke dunia realiti. Bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda yang gemar bersukan dan pengembaraan, dan perhatian pemain-pemain PUBG, para peserta dapat mengalami pengalaman imersif yang penuh dengan idea unik dan baharu.

Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400ml, layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com dan masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam permainan, merchandise dan baucar rakan kongsi. Setiap penebusan botol memberikan anda sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak, dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah mereka. Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga, merangkumi 4 wilayah di Malaysia: Utara, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur, pada bulan November ini.

Sempena pelancaran ini, kami teruja untuk menjemput anda ke Dew Challenge Roving Truck kami yang unik di Starhill, Bukit Bintang pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023, bagi merasai sedutan dan kejutan yang bakal menanti anda semasa kejohanan itu nanti. Selain peluang mendapatkan barangan eksklusif Mountain Dew x PUBGM melalui aktiviti di trak, kami turut menyediakan (SATU) kit media eksklusif berupa lootbox DEW CHALLENGE yang disediakan khas untuk anda (gambar di bawah).

image is not available

Bagi memastikan rakan media kami dapat menghadiri program yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini, kami telah memastikan anda dapat menikmati pengalaman tanpa kerumitan dengan akses VIP. Butiran roving truck adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 14 Oktober 2023

Lokasi: Starhill, Bukit Bintang, KL

Masa: 10AM – 1130AM

Sila RSVP selewat-lewatnya 12 Oktober 2023. Sekiranya anda tidak dapat hadir mengikut masa yang dinyatakan, maklumkan kepada kami dan kami akan berusaha untuk merancang mengikut ketersediaan anda.

Kami tidak sabar-sabar untuk membawakan anda hujung minggu yang bakal dipenuhi keseronokan!

View Original Article