“Move On Je, Tak Mati Hidup Single” – Puas Pujuk, Teman Wanita Mahu ‘Break Up’ Sebab ‘Tak Nampak Dalam Mimpi’

Music
26 Jul 2023 • 3:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalu kita dengar alasan yang digunakan untuk putus cinta adalah ayat ini – “Awak terlalu baik untuk saya”, kan?

Lain pula dengan pasangan ini yang tular kerana si teman wanita mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana ‘mimpi’.

image is not available 2 weeks ago

Sering Buat Konten 'Sweet' Bersama, TikToker 'Speechless' Dicerai Talak Tiga - "Awak Terlalu Baik Untuk Saya"

Tangkap layar perbualan di antara seorang lelaki yang cuba memujuk kekasihnya untuk teruskan hubungan itu tular di Facebook dan meraih pelbagai reaksi.

Menerusi Whatsapp itu, lelaki berkenaan telah berkali-kali berusaha untuk meneruskan hubungan selepas teman wanitanya nekad mahu berpisah.

image is not available

image is not available

 

Tak nampak dalam mimpi

Kata wanita itu, dia mahu break up kerana tidak nampak wajah teman lelakinya di dalam mimpi dipercayai selepas membuat solat istikharah.

Lantak la. Saya tak nampak awak dalam mimpi saya. Dah la, stop la.”

image is not available image is not available

Ramai pengguna Facebook yang memberikan komen dan menggesa agar lelaki tersebut bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya.

Malah, beberapa individu menasihatinya agar dia tidak terhegeh-hegeh dengan orang yang tidak menghargai dan cari kekasih baru sahaja.

image is not available image is not available image is not available