Moyang 101 tahun dicekup jual ganja 

25 Aug 2026 • 1:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Moyang 101 tahun dicekup jual ganja 

ABUJA – Seorang warga emas berusia 101 tahun di barat daya Nigeria ditahan selepas didakwa menjual ganja, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Suspek bernama Esther Ogunmabo berstatus  moyang itu, diberkas di negeri Ogun, baru-baru ini, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan (NDLEA). 

Pengarah Media NDLEA, Femi Babafemi berkata, suspek diberkas bersama beberapa paket kecil berisi ganja seberat 90 gram untuk dijual kepada penduduk tempatan. 

Suspek memberitahu polis bahawa dia menjual dadah selepas kedai runcit miliknya musnah dalam kebakaran. 

NDLEA mengesahkan Ogunmabo dibebaskan dengan ikat jamin, manakala anak perempuannya turut ditahan. 

“Salah seorang anak perempuan Ogunmabo yang tinggal di Lagos menghantar bekalan narkotik kepadanya setiap empat hari sebelum dijual semula dalam kuantiti kecil kepada penduduk,” kata NDLEA.

Ketua Eksekutif NDLEA, Mohamed Marwa berkata, suspek dibenarkan ikat jamin dan diberikan kaunseling kerana usianya yang lanjut. – AGENSI

The post Moyang 101 tahun dicekup jual ganja  appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved