MP Hulu Langat cadang KDN dipecah dua -“Kalau tiada menteri, saya ada”

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 6:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan (PH), mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipecahkan kepada dua kementerian berasingan kerana kini perlu mengurus sembilan agensi besar di bawahnya.

MP Hulu Langat beri cadangan ketika bahas RUU Pembekalan 2026

Memetik laporan daripada Harian Metro, cadangan itu dibuat ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi KDN di Dewan Rakyat hari ini.

image is not available

MP Hulu Langat sifatkan KDN kini tanggung tanggungjawab besar

Menurut Mohd Sany, KDN kini menanggung tanggungjawab yang besar, termasuk mengurus kira-kira 134,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain agensi lain seperti Jabatan Imigresen,

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

image is not available

Sedia jadi menteri

Beliau membandingkan beban KDN dengan Kementerian Pertahanan yang hanya menjaga 114,000 anggota tentera di bawah satu kementerian sahaja.

Saya nak minta kalau boleh, KDN dipecahkan kepada dua, jadi dua kementerian kerana ketika ini, ada sembilan agensi atau jabatan besar di bawah KDN.
“Saya nak minta pada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kalau boleh pecah dua. Kalau tiada menteri, saya ada. Kalau tak boleh pecah, saya nak minta supaya ada dua Timbalan Menteri.
“Kalau tiada Timbalan Menteri kedua, saya ada,” katanya, sambil disambut gelak ketawa Ahli Parlimen lain.

image is not available

Artikel lain: KBS & KDN bertindak bersama dalam isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan

Selain itu, beliau turut menekankan keperluan penambahan anggota polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, yang kini mempunyai 1,200 anggota sedangkan jumlah optimum sepatutnya 1,500.

Mohd Sany memaklumkan penambahan ini penting kerana Hulu Langat mempunyai 1.5 juta penduduk dan kawasan itu sedang pesat membangun, memerlukan penguatkuasaan dan keselamatan yang lebih efektif.

Cadangan ini menekankan isu kapasiti KDN dan keperluan untuk memastikan pengurusan agensi keselamatan dan perkhidmatan awam berada pada tahap optimum bagi menampung tuntutan rakyat.

Sumber: Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib)