MP Serian Gesa Kerajaan Iktiraf Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Kebangsaan

29 Feb 2024 • 6:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tanpa Sabah dan Sarawak, tiadalah Malaysia

MP Serian Gesa Kerajaan Iktiraf Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Kebangsaan. Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyeru kerajaan persekutuan agar mengisytiharkan Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan sebagai cuti umum kebangsaan.

Cadangan beliau itu diusulkan semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini.

image is not available
MP Serian Gesa Kerajaan Iktiraf Hari Gawai Dan Kaamatan Sebagai Cuti Umum Kebangsaan. Sumber: Astro Awani

Menurutnya, beliau mencadangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan 31 Mei sebagai cuti umum kebangsaan sempena menghormati sambutan perayaan Kaamatan dan 1 Jun untuk Hari Gawai Dayak.

“Saya minta masukkan Gawai Dayak sebagai cuti nasional begitu juga supaya pesta kaamatan juga dimasukkan sebagai cuti kebangsaan”

“Waktu perayaan ini bukan sahaja masyarakat kadazan Dusun merayakan, bukan sahaja masyarakat dayak meraikannya bahkan kalau di Sarawak hampir semua kaum akan menyambut perayaan tersebut”.

Menurutnya, kedua-dua perayaan tersebut merupakan hari penting bagi masyarakat Sabah dan Sarawak tetapi tidak diiktiraf sebagai cuti umum kebangsaan.

Tambahnya lagi, negara Malaysia tidak akan wujud tanpa masuk campur negeri Sabah dan Sarawak semasa penubuhannya.

Baca lagi artikel menarik: