MP Sungai Petani yakin BUDI95 paling efektif, mampu cegah ketirisan subsidi

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 7:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap ADUN Kota Siputeh, Dr Mohammed Taufiq Johari yakin pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) adalah mekanisme paling efektif untuk menangani ketirisan subsidi bahan api yang sebelum ini turut dinikmati warga asing.

BUDI95 mampu cegah ketirisan subsidi

Memetik laporan daripada Sinar Harian, walaupun yakin dengan mekanisme terbabit, beliau tetap percaya kerajaan sangat terbuka dalam menerima pandangan dan bersedia menambah baik sistem itu sekiranya ada keperluan.

Saya percaya kerajaan mengambil maklum semua cadangan dan apa juga saranan daripada mana-mana pihak tetapi apa yang dilakukan sekarang ini sebenarnya paling efektif untuk kita melihat tidak ada lagi ketirisan dan subsidi ini benar-benar diberikan kepada yang memerlukan.

Saya juga percaya kementerian akan mengambil perkara ini dengan secara terbuka… sistem yang akan ditambah baik… kita akan improve mana-mana juga teknikal isu dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media.

image is not available

Cegah ketirisan subsidi,beri kepada yang benar2 memerlukan

Sebelum ini, Koordinator Gerakan Melawan Penindasan Petani (Gempita), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Muni menegaskan BUDI95 hanya menyasarkan pemilik kenderaan tanpa memberi tumpuan kepada pesawah yang banyak menggunakan bahan api untuk kelangsungan kerja sawah.

Mengulas perkara itu, Mohammed Taufiq mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kad petrol khas pesawah bagi memastikan golongan terbabit mendapat akses subsidi mengikut keperluan sebenar kerja pertanian.

image is not available

Sekadar info, Budi Madani RON95 adalah program penyaluran subsidi bahan api RON95 secara terarah atau sasar oleh kerajaan Malaysia.

Melalui program ini, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli RON95 pada harga subsidi RM 1.99 seliter.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)