MPAJ arah pemaju kondominium tingkatkan keselamatan tapak pembinaan

7 Dec 2022 • 10:44 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 7 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengarahkan pemaju kondominium Astroria meningkat tahap keselamatan tapak pembinaan demi menjaga keselamatan orang awam.

Pihak berkuasa tempatan itu mahu pemaju berkenaan menyelesaikan isu jaring keselamatan, perancah (scaffolding) termasuk kemudahan awam dalam tempoh 3 bulan.

“Semoga tindakan ini dapat menyelesaikan isu di tapak dan mengurangkan kegusaran pemilik unit di Kondominium Astroria,” katanya di Facebook.

Semalam, MPAJ mengadakan melawat tapan pembinaan kondominium Astroria di Ampang Jaya selain bertemu wakil pemaju badan pengurusan bersama (JMB) dan arkitek bagi membincangkan langkah meningkatkan keselamatan di lokasi berkenaan.

Jaring keselamatan dipasang pada struktur bangunan kondominium Astroria di Ampang Jaya bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin. Foto Facebook MPAJ

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved