MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma

16 Apr 2024 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syarat perlu dipatuhi pemilik untuk melupuskan kenderaan secara percuma melalui Pusat Sehenti Kereta Terbiar MPAJ.

AMPANG - Masalah kereta terbiar dan tersadai yang adakala memenuhi petak parkir di kawasan perumahan tertentu dijangka mampu diatasi menerusi Pusat Sehenti Kereta Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut turut membantu orang awam melupuskan kenderaan terbabit secara sukarela.

"Perkhidmatan ini adalah percuma berdasarkan garis panduan dan perundangan yang ditetapkan.

"Warga Ampang Jaya boleh memohon pautan http://intranet.mpaj.gov.my/spmkm atau menghubungi talian 03-42857024," ujarnya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, permohonan juga boleh dibuat melalui e-mel ke penguatkuasa@mpaj.gov.my atau hadir ke Menara MPAJ atau Depoh MPAJ Taman Putra Sulaiman dan Depoh MPAJ Taman Melawati.

Ujarnya, kenderaan yang mahu dilupuskan mestilah mematuhi syarat ditetapkan iaitu pemilik kenderaan yang sah, tidak memiliki rekod jenayah, tidak disenarai hitam serta kenderaan bebas pinjaman.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03-42857024.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved