MPAJ buka kaunter bergerak di Giant Bukit Antarabangsa hingga 27 Jun

22 Jun 2023 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JUN : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter bergerak di hadapan Pasar Raya Giant Bukit Antarabangsa sejak 19 hingga 27 Jun.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu kaunter bergerak berkenaan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 3 petang pada Isnin hingga Jumaat.

“Warga Ampang Jaya boleh membuat semakan dan bayaran cukai taksiran serta kompaun di kaunter bergerak ini pada tarikh dan waktu ditetapkan,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.

MPAJ turut memaklumkan orang ramai juga boleh membuat bayaran secara dalam talian melalui pautan icomm.mpaj.gov.my atau muat turun aplikasi icomm MPAJ.

image is not availablePada 31 Januari lalu, MPAJ melancarkan kaunter bergerak yang diberi wajah baharu dengan dilengkapi kemudahan sistem komputer terkini dan mempunyai ruang lebih luas serta tempat duduk untuk warga emas atau wanita hamil.

Kenderaan itu mempunyai dua kaunter yang boleh menerima bayaran tunai dan kad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved