MPAJ keluar 65 kompaun, sita 14 motosikal di IKS AU3

10 Sep 2026 • 5:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPAJ keluar 65 kompaun, sita 14 motosikal di IKS AU3

SHAH ALAM, 10 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan 65 kompaun selain menunda 16 kenderaan dan menyita 14 motosikal menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu di kawasan IKS AU3, Keramat, semalam.

Operasi itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan MPAJ bersama Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan serta Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap.

Tindakan bersepadu berkenaan bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan selain menjaga aspek keselamatan, kebersihan dan ketenteraman kawasan.

“Daripada jumlah kompaun berkenaan, 36 kompaun dikeluarkan atas kesalahan lalu lintas, manakala 21 lagi membabitkan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap premis,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, sebanyak 37 premis diperiksa sepanjang operasi berkenaan dengan dua daripadanya turut dikenakan tindakan sitaan.

Pada masa sama, MPAJ mengambil tindakan terhadap kesalahan halangan rangka motosikal dengan mengeluarkan lapan kompaun.

Sebanyak 14 motosikal yang didapati melakukan kesalahan turut disita dalam operasi berkenaan.

Bagi memastikan keadaan persekitaran dan sistem perparitan berada pada tahap baik, empat slab yang dibina di atas longkang turut dibuka.

MPAJ menegaskan tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dipergiat bagi memastikan kawasan IKS AU3 kekal bersih, selamat, teratur dan terkawal.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved