MPAJ sedia parkir khas ambulans di Hospital Ampang

12 Jul 2022 • 11:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan parkir khas ambulans di Hospital Ampang pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tempat letak kenderaan bagi memudahkan kemudahan itu diletakkan berhampiran pusat perubatan berkenaan.

“Unit Tempat Letak Kereta Jabatan Khidmat Pengurusan MPAJ melaksanakan kerja penyediaan parkir khas bagi kegunaan ambulans di Hospital Ampang.

“Orang awam dinasihatkan tidak menggunakan atau menghalang parkir khas ini,” tulisnya di Facebook.