MPAJ tawar suntikan anti tifoid pada harga serendah RM50

29 Oct 2024 • 6:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan suntikan anti tifoid pada harga serendah RM50 kepada pemohon lesen perniagaan dan penjaja di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata tawaran itu sempena Program Pembaharuan Lesen Perniagaan Dan Penjaja yang diadakan di Galeri Aras 4, Menara MPAJ pada 1 November sehingga 31 Disember.

“Semua pemohon baharu lesen diwajibkan mendapat suntikan berkenaan daripada pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan.

“Suntikan ini dilaksanakan pegawai kesihatan MPAJ dan caj promosi sebanyak RM5 akan dikenakan kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut,” katanya pada mesyuarat penuh, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu permohonan untuk mendapatkan khidmat suntikan ini boleh dibuat dengan melayari laman web www.mpaj.gov.my, hadir secara fizikal ke aras 4, Menara MPAJ atau hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di talian 03-42857344 /7170.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved