MPAJ tawar suntikan antitifoid serendah RM50 sepanjang bulan ini

3 Dec 2024 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan perkhidmatan suntikan anti tifoid dengan caj serendah RM50.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tawaran itu dibuka sehingga 31 Disember khusus kepada pemohon lesen perniagaan dan penjaja di kawasan pentadbirannya.

“Semua permohonan baharu lesen perniagaan atau penjaja bagi kategori pemakanan, pemohon dan pembantu yang belum mendapatkan suntikan antitifoid diwajib mendapatkan suntikan ini,” katanya di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh layari https://www.mpaj.gov.my atau hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ di talian 03-4285 7344 / 7170.

image is not available