MPay, PT Finnet dan Eddid bekerjasama teroka pasaran modal, usaha sama fintech di Indonesia

Business & Finance
28 Aug 2023 • 5:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MPay, PT Finnet dan Eddid bekerjasama teroka pasaran modal, usaha sama fintech di Indonesia

diyana

28/08/2023 - 17:16

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Managepay Systems Bhd (Mpay) meterai memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Finnet Indonesia dan Eddid Financial Holdings Ltd bagi meneroka pasaran modal dan peluang teknologi kewangan (fintech) di Indonesia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata kedua-dua syarikat berkenaan turut bersetuju menentukan lagi terma dan syarat dalam mewujudkan usaha sama di Indonesia.

Di bawah syarat momarandum persefahaman tersebut, Eddid yang berpangkalan di Hong Kong akan memasarkan ViV, aplikasi rangkaian sosial kewangan baharu, di Indonesia dan dengan memaut silang ViV dengan aplikasi e-pembayaran unggul Finnet iaitu Finpay.

Finnet akan mempunyai hak di Indonesia untuk menyediakan perkhidmatan pengiriman wang rentas sempadan kepada pelanggan Indonesia daripada pangkalan Eddid atau entiti berlesen masing-masing apabila mereka membuka akaun dagangan sekuriti dengan Eddid ONE, aplikasi dagangan berbilang aset utama syarikat itu.

Sementara itu, Finnet akan melantik, sebagai skim perkongsian, MPay sebagai ejen untuk rakan kongsi pembayaran (pengirim wang) untuk kiriman wang keluar dari Indonesia ke Eddid dan untuk kiriman wang masuk dari Eddid ke Indonesia.

Saham Mpay ditutup tinggi 0.5 sen atau 4.2% kepada 12.5 sen dengan permodalan pasarannya bernilai RM107.7 juta. - DagangNews.com

View Original Article