MPE, Hong Kong bincang peluang kerjasama ekonomi

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 6:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MPE, Hong Kong bincang peluang kerjasama ekonomi

GEORGE TOWN – Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) meneroka kerjasama ekonomi dengan Hong Kong sempena ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit-Foodtech & Trade Expo 2027.

Presidennya, William Khoo berkata, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan berkaitan perkembangan ekonomi Malaysia, khususnya Pulau Pinang selain membincangkan persekitaran perniagaan secara umum.

Menurutnya, MPE turut mengambil kesempatan memperkenalkan ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit-Foodtech & Trade Expo 2027 yang bakal menghimpunkan usahawan serta pemain industri dari rantau ASEAN dan negara berkaitan, Mei tahun depan.

“Kunjungan hormat ke Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, hari ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling mengenali peranan masing-masing selain membuka ruang komunikasi pada masa akan datang.

“Kami amat menghargai sambutan mesra yang diberikan. Kunjungan ini membolehkan kedua-dua pihak lebih memahami peranan masing-masing dan menjadi satu permulaan yang baik untuk terus berhubung,” katanya hari ini.

Katanya lagi, kunjungan tersebut lebih tertumpu kepada sesi perkenalan, pertukaran pandangan mengenai ekonomi serta penerangan ringkas mengenai acara yang bakal dianjurkan.

ASEAN+3 Young Entrepreneurs Summit yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei tahun depan itu bakal menghimpunkan sehingga 500 delegasi dari seluruh negara ASEAN serta rakan kerjasama dari China, Hong Kong dan Taiwan.-KOSMO! ONLINE

The post MPE, Hong Kong bincang peluang kerjasama ekonomi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved