MPE komited perkukuh kerjasama serantau dengan komuniti perniagaan Thailand

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 7:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MPE komited perkukuh kerjasama serantau dengan komuniti perniagaan Thailand

GEORGE TOWN : Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) komited untuk memperkukuh kerjasama serantau selain mengeratkan hubungan dua hala dengan komuniti perniagaan dari negara jiran, Thailand.

Komitmen itu dinyatakan oleh Presidennya, William Khoo dalam satu kenyataan susulan kunjungan hormat ke atas Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Pulau Pinang, kelmarin.

Menurut beliau, selain memperkukuh serta mengeratkan kerjasama serantau, kunjungan itu juga bertujuan mempromosikan penganjuran Sidang Kemuncak Usahawan Muda ASEAN+3 yang dijadual berlangsung di Pulau Pinang, tahun depan.

Katanya, matlamat penganjuran sidang kemuncak itu antara lain bertujuan memperkasa pembangunan keusahawanan, memperluas jaringan perniagaan rentas sempadan, menggalakkan inovasi serta menyokong pertumbuhan ekonomi mampan di rantau ASEAN+3.

“Secara ringkasnya, kunjungan hormat itu dianggap sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik dengan Konsulat Jeneral Diraja Thailand sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama serantau dan pertukaran perniagaan antarabangsa pada masa hadapan,” katanya.

Difahamkan, Sidang Kemuncak Usahawan Muda ASEAN+3 yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei 2027 itu menghimpunkan sehingga 500 delegasi dari seluruh negara anggota ASEAN serta rakan kerjasama dari negara-negara Asia Pasifik seperti China, Hong Kong dan Taiwan.-UTUSAN

The post MPE komited perkukuh kerjasama serantau dengan komuniti perniagaan Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved