
Kota Kinabalu: Peminat futsal digesa memberi sokongan kepada pasukan Sabah apabila mereka menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) di gelanggang futsal Yayasan Sabah hari ini bermula jam 2 petang.
Sabah setakat ini mencatatkan dua kemenangan ke atas Kedah dan KPT-PST Mustang dan mengalami satu kekalahan di tangan Pahang Rangers FC dalam pertandingan itu. Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Sabah (Safa), David Wisom percaya kehadiran penyokong tempatan dalam jumlah yang besar akan lebih memotivasikan pemain untuk bermain di laman sendiri.
Sementara itu, beliau berkata mereka bersedia menjadi tuan rumah perlawanan itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur di pejabat Safa pada Jumaat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



