MPHS sita barangan penjaja warga asing berniaga secara haram

22 May 2025 • 10:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penguat kuasa MPHS membuat sitaan terhadap peralatan dan barang aktiviti menjaja. Foto Facebook MPHS

image is not available
Anggota penguat kuasa MPHS menyita barang perniagaan warga asing yang tidak mempunyai permit menjaja di hadapan Pasar Awam Rasa. Foto Facebook MPHS

HULU SELANGOR - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan tindakan sita terhadap barang perniagaan penjaja warga asing di hadapan Pasar Awam Rasa, di sini pada Selasa lalu.

MPHS memaklumkan bahawa tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap penjaja yang menjalankan aktiviti menjual sayur-sayuran di kawasan tersebut tanpa memiliki permit menjaja.

“Jabatan Penguatkuasaan MPHS telah membuat pemantauan dan pemeriksaan permit menjaja di kawasan berkenaan.

“Hasil temu bual dan semakan pengenalan diri, anggota penguat kuasa mendapati penjaja berkenaan merupakan warganegara asing dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk menjaja.

**media[3135863]**

“Anggota operasi telah membuat sitaan terhadap peralatan dan barang aktiviti menjaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Tambah MPHS, tindakan sitaan telah dilakukan di bawah UUK (3), Undang-undang Kecil Penjaja (MDHS) 2007.